Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Masih Dalam ‘edah’ kan..?” Baru sahaja diceraikan.. Tindakan Terbaru Bekas isteri Hafidz Roshdi muat naik gambar bersama lelaki serta Caption mengundang pula jadi perhatian..

“Masih Dalam ‘edah’ kan..?” Baru sahaja diceraikan.. Tindakan Terbaru Bekas isteri Hafidz Roshdi muat naik gambar bersama lelaki serta Caption mengundang pula jadi perhatian..

SELEBRITIKongsi foto bersama lelaki, Nurul Shuhada ditegur ramai – “Kapsyen tu undang fitnah”

Tindakan isteri pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik sekeping gambar bersama seorang lelaki di laman Instagram mencuri tumpuan ramai pengikutnya.

Difahamkan, wanita berusia 29 tahun itu menjayakan ‘photoshoot‘ bagi koleksi jenama hijab milik usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri selepas dilantik menjadi duta dan model.

Menerusi kapsyen, Nurul Shuhada atau mesra dengan panggilan Shu sempat bergurau mengaitkan lelaki berwajah Korea itu dengan dua orang cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar.

“Humairah, Umar, okay tak yang ini (lelaki tersebut)? Dua orang dah mata bulat, lepasni mata sepet? Hehehe,” tulisnya yang turut meletakkan tanda pagar ‘Shu gurau je’.

Walau bagaimanapun, foto serta kapsyen ditulis Nurul Shuhada menerima teguran segelintir netizen yang mendakwa tindakan berkenaan dilihat kurang manis kerana dia masih berada dalam tempoh iddah (edah).

Tidak kurang ada juga yang menyifatkan tindakan itu boleh mendatangkan fitnah atau rasa tidak puas hati oleh segelintir pihak sehingga dilabel sebagai ‘menggeletis’.

Semua nak post.. tak pernah dapat perhatian?

Kapsyen tu undang fitnah, jaga diri

Takut ada yang tak puas hati

Dalam iddah lagi kan?

Jenis menggeletis?

Namun begitu, Nurul Shuhada menjelaskan, dia tiada niat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak berhubung posting dilakukan sebaliknya hanya ingin bergurau senda bersama pengikutnya.

Apa salahnya Shu bergurau? Tiada niat sakit hati sesiapa

Terdahulu, Nurul Shuhada menerima tawaran sebagai duta dan model jenama berkenaan selepas Aliff menyatakan hasrat bagi membantunya mencari rezeki dan meneruskan kehidupan selepas melalui episod duka dalam rumah tangga.

Sumber: Instagram Nurul Shuhada