Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Hafidz sekarang sedang takut.. Kekasih dia pula sedang..” Baru Beberapa Hari cerai.. Shuhada dedah ini yg sedang dilalui Hafidz buatnya takut..


“Hafidz sekarang sedang takut.. Kekasih dia pula sedang..” Baru Beberapa Hari cerai.. Shuhada dedah ini yg sedang dilalui Hafidz buatnya takut..

SELEBRITIKantoi kali kedua dengan saya punca ditumbuk – Nurul Shuhada

Kantoi masih berhubungan dengan orang ketiga dikatakan menjadi punca pelakon, Hafidz Roshdi bertindak menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri sebanyak tiga kali pada bahagian muka pada pagi Khamis lalu.

Nurul Shuhada atau mesra dipanggil Shu mendedahkan perkara tersebut menerusi satu komen balas selepas ditanya seorang pengikutnya berhubung punca dia ditumbuk dalam kejadian terbabit.

Wanita berusia 29 tahun itu berkata, sebelum lafaz cerai lagi, suaminya masih berhubung walaupun orang ketiga yang dikenali sebagai Athira Yuhada itu sudah memohon maaf dan berjanji tidak akan berkomunikasi antara satu sama lain.

“Sebab dia kantoi untuk kali kedeua dengan Shu walau sebelum dia lafaz cerai pun, pihak sana buat permohonan maaf takkan berhubung segala mak nenek tapi diorang masih berhubungan,” tulisnya.
Apa punca dia tumbuk Shu?


Pada masa sama, Nurul Shuhada juga menyifatkan pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu takut terhadap bayang-bayang sendiri selain bimbang sekiranya kekasih hati sekali lagi dikecam netizen.

“Hafidz takut dengan bayang-bayang dan kesalahan dia sendiri, tiada provokasi, hanya ketakutan dalam diri bakal kena viral sebab kekasih hati takut kena kecam lagi,” katanya lagi.

Terdahulu, Nurul Shuhada Shuhada ditumbuk berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh sehingga menerima lebih 10 jahitan ketika menerima rawatan di hospital.

Difahamkan, pelakon tersebut sudah ditahan sekitar pukul tengah hari semalam ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Sumber: Instagram Nurul Shuhada