Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Dkwa Hantar kawin macam anak dara? Suami pilihan keluarga dlkecam. Akhirnya Siti Rohayu buka cerita


Dkwa Hantar kawin macam anak dara? Suami pilihan keluarga dlkecam. Akhirnya Siti Rohayu buka cerita

Pada semalam, Siti Rohayu iaitu seorang wanita tabah yang sebelum ini pernah viral 1 Malaysia atas kesetiaannya menjaga suami terlantar sehinggalah sihat kembali berkongsikan berita gembira.

Setelah 1001 kemelut dihadapi bersama bekas suami dan keluarga mentua dahulu, akhirnya kini kebahagiaan menjadi miliknya. Terima kasih yang mendoakan dari jauh. Siti Rohayu yang mesra digelar Umy dikhabarkan sudah selamat bernikah baru dengan jejaka pilihannya.

Apabila mengenang kembali segala dugaan yang pernah dihadapinya selama ini, netizen ikut bahagia kerana kali ini dia berjodoh dengan seorang lelaki yang pandai menghargai. Di samping itu, dia meluahkan syukur kerana acara berjalan dengan sangat lancar.

Minta maaf semua, andai pilihan Umy menyakitkan hati ramai pihak. Dalam akad nikah yang bersaksikan keluarga terdekat itu, Siti Rohayu menerima nilai mas kahwin RM33,333 daripada pihak lelaki.

Meskipun berita pernikahan itu mengundang kecaman beberapa pihak, Umy sempat meminta maaf andai pilihannya ada menyakitkan hati sesiapa. Dulu dengan keluarga bekas suami, tak dihargai… Kini Allah hantar lebih baik.

Meskipun ada yang merasakan RM33,333 itu agak keterlaluan, ramai netizen berkata nilai berkenaan sebenarnya sangat berbaloi untuk insah bernama Siti Rohayu. Jika hendak dibandingkan kepahitan hidup yang sempat dialami dulu, kini dia Iayak diratukan oleh lelaki tepat.

Besar atau kecil nilainya bukanlah menjadi masalah andai kata suaminya memang benar-benar mampu. Selain itu, mereka juga mendoakan kesejahteraan mempelai tersebut.

Sumber : Pnews