Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Dia telah menjejaskan nama baik keluarga.. selama ini saya..” ... Tak berdiam diri.. Ini Pula kata2 Ayah Hafidz…


“Dia telah menjejaskan nama baik keluarga.. selama ini saya..” Baru sahaja Anak Lelaki didakwa di mahkamah.. Tak berdiam diri.. Ini Pula kata2 Ayah Hafidz…

Bapa pelakon Hafidz Roshdi, Roshdi Ahmad berharap kes berkenaan isu rumah tangga anaknya dapat diselesaikan dengan cara baik. Dia berkata demikian selepas selesai pertuduhan kes tersebut di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada pagi Isnin.

Menjejas nama baik keluarga

Roshdi yang dilihat menemani anaknya ketika di mahkahmah menegaskan mengenai isu yang dibangkitkan oleh menantunya Nurul Shuhada Mat Shukri yang disifatkan sebagai fitnah yang boleh menjejaskan nama baik keluarga.

Isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan, kerana pada saya itu adalah tidak baik dan akan menjejaskan nama baik keluarga. Perkara tersebut perlulah dihentikan.

Kami sama sekali bukan seperti yang difitnah dan kami selama ini memang berdiam sahaja.

Dalam pada itu, dia juga mahu kemelut rumah tangga yang melanda anaknya ketika ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sekarang kes ini sedang diadili dan kita doakan yang terbaik untuk masalah ini supaya dapat diselesaikan dengan cara terbaik.

Terdahulu, pelakon berusia 29 tahun itu telah memuat naik surat terbuka di laman sosial Instagram (IG) dengan menjelaskan bahawa kenyataan daripada isterinya adalah palsu dan melampu serta dia tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya maruah keluarganya tercemar dengan fitnah.

Hafidz atau nama sebenar Muhammad Hafidz Bin Roshdi telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mencederakan isterinya pada 2 Mac lalu namun dia mengaku tidak bersalah dan diminta untuk dibicarakan.

Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Hakim Siti Fatimah Binti Talib telah memerintahkan pelakon filem Pustaka itu diikat jamin sebanyak RM4000 termasuk syarat-syarat iaitu dia perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, tidak dibenarkan menggangu mangsa sepanjang kes berjalan serta pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.

“Dia telah menjejaskan nama baik keluarga.. selama ini saya..” Baru sahaja Anak Lelaki didakwa di mahkamah.. Tak berdiam diri.. Ini Pula kata2 Ayah Hafidz…